Kesantunan Berbahasa dalam Puisi Tradisional Etnik Dusun

Rosliah Kiting(1), Minah Sintian(2), Farayneld Bryn Fabian(3),


(1) Universiti Pendidikan Sultan Idris
(2) Universiti Pendidikan Sultan Idris
(3) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Etnik Dusun merupakan kaum yang menetap di Sabah terdiri daripada beberapa suku, antaranya adalah Dusun Liwan, Dusun Bundu, Dusun Kimaragang, Dusun Lotud, Dusun Tindal, Dusun Tombonuo dan sebagainya.  Etnik ini masih mengamalkan adab dalam komunikasi dengan menekankan kesantunan bahasa. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan aspek manifestasi kesantunan bahasa yang diungkapkan dalam puisi tradisional etnik Dusun.  Kajian akan memfokuskan kepada empat jenis puisi tradisional iaitu tukadan, sudawil, tabal-abal dan talaala.  Kajian ini mendapati bahawa manifestasi kesantunan bahasa dalam puisi tradisional merupakan manifestasi ungkapan bertatasusila etnik Dusun untuk menggantikan penggunaan kata-kata kasar dan penghuraian adat istiadat masyarakat pendukungnya yang mementingkan keharmonian dengan mengelakkan tutur kata yang menyinggung perasaan.  Selain itu, kesantunan bahasa turut memanifestasi etnik ini berkaitan dengan kepentingan menepati waktu, kerajinan, ketekunan serta kesungguhan melaksanakan sesuatu meskipun terpaksa melalui pelbagai cabaran, masalah dan rintangan.  Manifestasi kesantunan bahasa etnik Dusun dalam puisi tradisional ini merupakan wadah penyebaran nilai-nilai bukan sahaja memperlihatkan irama yang indah, tetapi juga disusun dengan begitu teliti agar pemilihan perkataan yang digunakan dapat membayangkan corak pemikiran yang kritis, memaparkan kebijaksaan etnik ini yang berpandangan jauh dalam melontarkan idea dan pengajaran kepada generasinya. 

Keywords

Etnik Dusun merupakan kaum yang menetap di Sabah terdiri daripada beberapa suku, antaranya adalah Dusun Liwan, Dusun Bundu, Dusun Kimaragang, Dusun Lotud, Dusun Tindal, Dusun Tombonuo dan sebagainya. Etnik ini masih mengamalkan adab dalam komunikasi deng

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License