PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

Che Aleha Ladin(1),


(1) 

Abstract

meningkatkan kualiti Pendidikan Seni. Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu dimensi dalam menyediakan pelajar memperoleh pengetahuan melalui kaji selidik dan penglibatan dalam kerja artistik secara autentik. Proses yang dilalui oleh pelajar semasa pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah boleh meningkatkan tahap pengalaman, pembelajaran dan struktur yang fleksibel dalam menyediakan penggunaan ilmu pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, penekanan kepada pentaksiran autentik menjadi perkara penting dalam proses pelaksanaannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dalam konteks Malaysia. Satu kajian kes kualitatif telah dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual terhadap pentaksir kawasan, guru dan pelajar tingkatan lima. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya prosedur dan proses birokrasi dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menjamin ketulenan pentaksiran. Pelaksanaannya di bilik darjah juga menekankan proses dan penghasilan produk seni. Kajian juga mendapati bahawa guru memainkan peranan penting dalam menyediakan kegiatan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang bersesuaian dengan latar belakang, persekitaran dan keupayaan sebenar pelajar.

Keywords

pentaksiran berasaskan sekolah;pentaksiran autentik; proses dan produk;

Full Text:

PDF

References

Beattie, D. K. 1997. Assessment in art education. Worcester, MA: Davis Publications.

Begum, M. 2008. "School based assessment: Will it really change the education scenario in Bangladesh?" International Education Studies. Vol 1(2). www.ccsenet.org/journal/index.php/ies/ article/view/885/860

Boughton, D., Eisner, E.W. & Lightvoet, J. 1996. Evaluating and assessing the visual arts in education. New York: Teachers College.

Brown, G. 2011. School based assessment methods: Development and implementation. Dalam First International Educational Conference on Assessment, New Delhi, India . The Central Board for Secondary Education, India (CBSE) & The Australian Council for Educational Research (ACER).

Brown, G & Hattie, J. 2005. "School based assessment and Assessment for learning: How can it be implemented in developing and under development countries effectively?" APEC Colloquium on School Based Assessment, Assessment for Learning. Kuala Lumpur.

Buku panduan pelaksanaan dan penilaian kerja kursus Pendidikan Seni Visual Kajian Rekaan Seni Visual. 2008. Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Dorn, C. M. 2004. The teacher as stakeholder in student art assessment and art program evaluation. InJAE 2.4 © NTAEC. http://ed.arte.gov.tw/uploadfile/ periodical/910_0204_0617.pdf

Galloway, A. 2008. The Assessment Systems of Finland and Queensland. Policy and New Products, Research Report 1. http://www.sqa.org.uk/sqa/files_ccc/ PNP_ResearchReport1_TheAssessmentSystemsFinlandQueensland.pdf

Gonzales, R. Dlc. 2009. School Based Assessment Program in Sri Lanka: An overview. http://measurementandevaluation.blogspot.com/2009/01/school-basedassessment- program-in-sri.html

Mercurio, A. 2008. Re-imagining school-based assessment at the upper secondary education level. Annual Conference Re-interpreting Assessment: Society, Measurement and Meaning. South Australia. http://www.iaea2008.cambridgeassessment.org.uk/.../180434_Mercurio.pdf

Merriam, S.B. 2009. Qualitative research: A guide to design and implementation. San Francisco: Jossey-Bass.

Mokhtar, I. 2009. Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mueller, J. 2011. Authentic Assessment Toolbox. http://jfmueller.faculty.noctrl.edu/toolbox/portfolios.htm

Nitko, A. J, & Brookhart, S.M. 2011. Educational assessment of student (6th ed.). Boston:Pearson Education.

Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. 2011. Putrajaya : Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tan Ai, M. 2010. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di Malaysia: Kesediaan guru, isu dan panduan pelaksanaan. Petaling Jaya: Gerak Budaya Enterprise.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.